Projek Rintis Sekolah Bestari dirintiskan di sembilan puluh buah sekolah di seluruh negara selama tiga tahun mulai 1999. Projek ini adalah salah satu daripada projek Aplikasi Perdana Multimedia Super Corridor (MSC). Pelaksanaan projek ini melibatkan perkongsian bijak di antara Kerajaan dan swasta. Penyelesaian sekolah bestari yang dibina oleh syarikat dinamai Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari. Satu daripada komponen Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari  ialah perisian aplikasi untuk pengurusan dan pentadbiran sekolah - Smart School Management System (SSMS).

    Pengguna memainkan peranan utama dalam menentukan kejayaan sistem ini. Secanggih manapun sistem yang dibina, jika pengguna tidak memanfaatkannya faedahnya tidak akan terserlah. Selain itu, tanpa penggunaan yang meluas, kelemahan dan kekurangannya tidak akan dapat dikesan untuk menambah baik sistem berkenaan. SSMS yang sedang dibina adalah versi pertama yang skopnya terhad kepada ketetapan yang dipersetujui dalam Perjanjian Projek Rintis Sekolah Bestari.  Taraf  ‘ rintis’ itu seharusnya mengingatkan kita bahawa SSMS ini perlu dicuba sebelum pengubahsuaian dan penambahbaikan boleh dibuat